Cikgu Bahasa Melayu pernah cakap, kalau nak mulakan ayat dalam karangan kena mulakan dengan huruf besar. Kalau tak, kena potong markah (eh, btol ke? lupe laa.. :P). Sekurang-kurangnya, tatabahasa kena betul. Tak boleh ada shortform singkatan perkataan. Tidak boleh juga campur adukkan Bahasa Melayu dan english Bahasa Inggeris. Duduk atur koma [,] dan noktah [.] juga perlu betul. Tidak boleh ada pengulangan perkataan dan perlu warnakan penulisan dengan segala bagai perumpamaan dan peribahasa. Barulah nampak berbunga-bunga dan cantik bila dibaca. Haa.. Ejaan juga kena betul tau!! :)
Jadi, hari ini hari Jumaat. Selalunya hari Jumaat adalah hari yang paling best buat saya. Sebab selepas waktu bekerja saya akan bersiap-siap untuk pulang ke Penang. Yay!!!~ Saya suka sangat pulang ke Penang. Hehe... Tapi, hari ini tidak. Sebenarnya, bukan setiap minggu saya dapat pulang ke Penang. Mungkin bulan Ramadhan lepas saya pulang setiap minggu Tapi, tidak untuk bulan-bulan yang lain. Saya perlu juga kawal perbelanjaan. kalau tidak, terlebih pula nanti. Sekarang saya perlu beringat-ingat. Banyak duit yang perlu disimpan untuk kegunaan dan kepuasan diri sendiri juga untuk keluarga yang terchenta dan juga untuk saat-saat genting.
Sebenarnya, hari ini tidaklah seteruk mana. Buat kesekian kalinya saya pakai baju kurung ke office pejabat. Lama juga tidak menyarung jenis baju tersebut. Dulu, waktu saya undergraduate lebih daripada 20 pasang baju kurung tersusun di dalam almari. Boleh pakai sebulan setiap satu baju yang berlainan. Tidak perlu dibasuh pun, boleh. Haha! Berbeza dengan sekarang. Boleh kira dengan jari berapa pasang baju kurung yang saya bawa ke sini. Bukan apa. Cuma kerja saya sekarang kebanyakannya di dalam makmal. Jadi, salah satu peraturan makmal ialah tidak boleh memakai sebarang kain/skirt di dalam makmal. Sebab itulah saya hanya memakai seluar sepanjang waktu. Kadang-kadang agak bosan. Disebabkan hari ini saya perlu menyiapkan progress report dan slides presentation untuk quater meeting di PPM, jadi saya membuat keputusan untuk memakai baju kebangsaan Malaysia itu. Lagipun hari ini hari Jumaat. Teringin, ok!
Alhamdulillah, kerja-kerja berjalan dengan lancar walaupun tidak sempat untuk siapkan semua. Mungkin akan disambung hari Ahad nanti. Jarum jam menunjukkan angka enam. Alamak! Da lewat. Saya cepat-cepat bersiap dan bergegas pulang ke bilik. Sesampai di bilik, saya bersiap-siap pula untuk menukar pakaian. Hari ini terasa ingin Jogging. Tiba-tiba rumet menegur, " Aik, baju jogging pon nk kene iron ke? " sambil-sambil die membuat muka hairan. " err.. kenapa? taley gosok ke?", giliran saya pula membuat muka pelik. "haha.. tade. tak penah nampak orang gosok baju gi jogging je.. ", rumet membalas. " Ala, Suzi.. da terbiasalah..nak cemane kan.. ". OK, siap!! Mari berlari...~ Sebelum tu, kenalah panaskan badan dulu sambil- sambil tunggu Suzi bersiap. 5 minit menunggu, Suzi tak juga keluar. Tadi dia ada pesan kalau dia lambat, dia suruh jogging dulu.
Jogging. Seorang. Hanya beberapa ratus meter daripada Dewan Chansellor, baru saya nmpak kelibat Suzi yang akhirnya dapat mengejar. Saya mula memperlahankan langkah menunggu Suzi dan kami mula berlari bersama-sama. Lama juga rasanya pusing-pusing UTP, dah lenguh rasanya kaki saya ni. 7.15 sampailah kami berdua di bilik. Masing-masing kepenatan. Tanpa berlengah saya rendam dahulu baju-baju yang tidak dibasuh lagi di dalam baldi sementara saya menyejukkan badan dahulu sebelum mandi. Alang-alang tu, bolehlah basuh baju sekali.
Baju siap dibasuh dan direndam dengan pelembut fabrik. Saya biarkan dulu di dalam baldi. Biar wangi sikit baju-baju tu. Mungkin dalam jam 11 malam saya akan jemur. Sementara itu, saya kebosanan. Serius. Saya sangat-sangatlah bosan. Saya tak tahu macam mana nak gambarkan kebosanan saya ini dalam bentuk bicara. Betul. Apabila saya bosan, saya rasa nak memasak sesuatu untuk diri sendiri atau makan sesuatu. Tapi, saya kan baru lepas jogging. Baru saja habis pecahkan lelemak. Mana boleh buat lemak balik, kan?
Saya masih lagi bertahan. Dan terus bertahan... Saya da habis tgok drama Jepun (Aishiteru~kaiyo). Dalam lappy saya ni, sudah habis stok-stok hiburan terbaru. Semua ini gara-gara DC++ yang hampir seminggu kena ban. Habis semua orang jadi bosan. Harapkan DC++ di ban, tapi internet masih lagi semput macam siput-yang-lembab-berjalan-yang-lagi-lemah-sebab-tak-dapat-makan-seminggu. Perlahan kuasa sejuta rasanya. Haishh! Server K5 underground forum juga down. Gtalk pula macam biskut chipsmore. Sekejap ada, Sekejap tak ada. haissshh!! Tapi, saya tetap gagahkan diri untuk mencari hiburan untuk diri sendiri. Saya tabahkan hati klik pada dada Gtalk. Saya klik pada 3 mangsa. Kaped, Akay dan Peja. Hahaha! Kesian mereka. Paling kesian, Kapedlah. Dipaksa untuk melayan kebosanan saya. Maaf! hehe. Rasanya tahap kesabaran saya pada tahap maksima. Tak tahan dengan ketidakbetulan connection Gtalk, saya merayau-merayau pula ke bilik osmet. Kacau-kacau setiap sorang. Puas. Pulang ke bilik semula dan.. bosan lagi. Nampak Yan tengah melayan drama korea dan filem yang belum saya tengok. Saya mintak tolong Yan transfer ke dalam external hard disk cik pah.
Sementelah menunggu, saya selesaikan dahulu urusan jemur-jemuran. Siap! ' Wah, nak tgok muvie. tak kan tanak masak ape-ape kot? hurm, teringin megi tom yam lah! nk coke yang kaw-kaw sejuknye... bley x? hoyeaahh~ bley2!!', nafsu makan membuak-buak menghasut minda. Adeh! Tanpa lengah saya mencapai sebungkus mee MAGGI perisa tom yam dan mengambil beberapa keping syiling untuk dimasukkan ke dalam sebiji mesin yang menelan duit lalu mengeluar seketul air tin yang amat lah best rasa sejuknya itu. MAGGI siap! Air siap! Lalu saya klik pada fail Talentime. Belum pun sempat cerita bermula, tiba-tiba rasa bosan menjengah minda. Tidak semena-mena jari jemari sibuk pulak menekan nombor Kelise.
"Assalammua'laikum. Hello, kelise.. ko tgah wat pe? kate nk g KL?", saya memulakan perbualan. Dan perbualan berlarutan selama seminit dan selepas itu, "eh, kelise. sori2. aku lupe. actually, aku tengah nak makan megi nih. hihi. saje je call ko. aku busan. nanti pas aku abes makan, aku call ko blk eh". Ini lagi seorang mangsa kebosanan saya. Maaf, juga! Dan saya meneruskan kembali urusan yang tergendala tadi. Sedap! Walaupun hanya sekadar mee segera, tapi serius sedap! Tak apa. Lupakan pasal kesedapan mee segera tu. Mee segera habis. Saya bosan kembali. Oh, lupa! Cerita Talentime. Saya tekan 'play'. Hampir 2 jam filem tersebut dan hasilnya, saya suka karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad (al-Fatihah buat beliau). Unik. Itu apa yang saya boleh terangkan dalam satu perkataan. Yang lain-lain, kamu nilai sendiri.
Wah, masa sudah makin menginjak ke pagi. Esok banyak aktiviti menarik yang menanti. Ada dua rumah terbuka yang perlu saya hadiri. Satu, rumah Kak Ros. Rakan sekerja saya. Dua, rumah Dr. Azmi. Saya pernah ajar anak dia tuition. Ingat juga dia, untuk jemput saya. Terima kasih!.Sangat suka. Esok adalah hari jalan-jalan cari makan. Seronok!! Makan adalah salah satu aktiviti yang saya paling suka. Yaayy!!~
OK. Mahu tido. Mahu simpan dan kumpul tenaga untuk esok pula. Selamat Malam. :)
Nota kaki: Sebab sangat-sangat bosan, maka wujudlah entri yang saya rasa agak panjang dan agak menyampah untuk kamu baca. haha! Jangan salahkan saya. Tolong salahkan ITMS. Siapa suruh mereka ban DC++. grrr~~, Marah! Dan syabas juga untuk mereka yang berjaya membaca entri yang agak meleret-leret dan penuh dengan kebosanan ini hingga habis. Terima kasih daun keladi, jemput-jemputlah baca lagi! ^^