Wednesday, January 21, 2009

Paleolitik

Perasaan saya sekarang adalah seperti mahu duduk dan menetap di dalam gua. Tiba-tiba rasa aneh itu menjenguk minda yang agak kurang stabil kebelakangan ini. Biarlah saya hidup seperti mereka-mereka daripada 50 000 - 100 000 tahun lampau.Mudah.

Tidak perlu lagi saya bersusah payah untuk menghantar resume ke sana ke sini. Tidak habis duit minyak untuk ke pejabat pos. Tidak habis duit setem dan sampul surat untuk mengisi resume. Tidak habis duit elektrik untuk apply online . Hanya perlu.. memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan untuk meneruskan hidup. Wang? Saya rasa, saat itu belum wujud lagipun istilah wang yang dijadikan mata pertukaran barang-barang. Mungkin saya boleh merasa sistem barter? Lebih baik. Tidak perlu lagi memikir turun naik harga barang. Senang.Tidak ada cukai itu ini. Saman itu ini. Oh, bercakap tentang saman, saya rasa saya perlu fikirkan tentang kuda yang hendak dijadikan kenderaan. Mau kuda putih, ok. Nanti cari.

Atau.. tika itu saya boleh di gelar wanita gagah?? Apa tidaknya.. untuk memburu, mana mungkin wujudnya senapang gajah atau alatan memanah. Cuma perlu menggunakan batu, kayu atau tulang binatang saje. Maka, akan berketul-ketul lah badan saya waktu itu. Mungkin akan mengalahkan Malek Noor!! Atau menjadi ala-ala Xena the warrior princess. Sambil menaiki kuda putih memegang senjata. ops! (ini imaginasi yang agak berlebihan. berhenti!) Ok, konklusinya akan menjadi wanita yang kuat. Cukup.

Tapi, saya mungkin akan menghadapi sedikit masalah untuk hidup di zaman itu. Pakaian. Alamak!! Takkanlah saya perlu memakai pakaian daripada kulit-kulit binatang. euww~ sangat... Agaknya, saya perlu membawa sedikit bekalan pakaian saya. Walaupun saya tahu tidak ada mall-mall pada zaman itu, akan saya cuba untuk menyesuaikan diri. Harapnya lah!! (betul ke nih?? -_-") ini mungkin salah satu halangan terbesar untuk saya hidup pada zaman itu.
::urghh~ Paleolitik!!::
Kringggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!


Gila. Tidak mungkin. Tidak mungkin sekali lagi. 'Bangunlah, una! Jangan mimpi lah kau boleh hidup pada zaman-zaman batu tu.' Ya, saya tau. Tidak boleh. Tapi, apalah salahnya jikalau mahu menganyam angan-angan tatkala bosan menanam anggur? Mungkin sedikit tekanan membuatkan urat-urat di dalam otak bekerja keras.. lalu, menjanakan idea-idea kuno yang entah logik atau tidak untuk diterima akal. Pendek kata, emosi kurang stabil. Sakit jiwa? Tidak.. belum sampai lagi ke tahap semaksima itu. Cuma, mungkin di dalam kategori sakit jiwa yang tidak melampau. Tahap minima agaknya. Sedikit neurosis dan sedikit juga depression. Bukan psikosis, ok!

p/s: maaf kepada orang-orang yang berkenaan. maaf.
p/s/s: /me away mencari gua untuk bertapa.

No comments: