Saturday, August 23, 2008

sekuntum bunga

di balik reranting dan kayu kayan yg begitu semak, terselit sebatang pokok. pokok mawar nama nya. tidak berbunga atau berkumbang, dek terlindung drpd segala zat nutrisi. alkisah, dtg lah seorg pekebun. dan dia duduk berehat di atas kayu kyan yg selama ini menghalang si pokok mendapatkan nutrisi. ketika berehat-rehat, si pekebun ini memerhati ke seluruh kawasan itu. akhirnya, pandangan dia tertumpu pada sebatang pokok mawar t'sebut. hairan tidak t'kata. jgnkan bunga, sekuntum kudup pon tidak menonjolkan diri masing2.

berfikir dia sebentar. lantas tanpa lengah dia mengeluarkan parang dan terus membersihkan kawasan itu. dalam sekelip mata sahaja, kawasan yg td nya semak, kini bersih sudah. akalnya berfikir.. cukup lah untuk sang pokok mendapatkan nutrisi nya tanpa dihalang oleh semak2 itu. saban hari, si pekebun dtg menjengah sang pokok.. di siram nya si pokok mawar, di baja nya si pokok mawar, di racun nya segala makhluk perosak yg ingin merosakkan si pokok mawar... dan di cantas nya semua parasit2 yg cuba untuk memusnahkan si pokok mawar.

hari demi hari berlalu. berkat keprihatinan dan kegigihan pekebun tersebut, suatu hari si pokok mawar mula mengeluarkan kudup nya. makin hari makin memekar ia. tetapi.. di sangka panas hingga ke petang. rupanya hujan di tengahari. si pokok mawar yg ditunggu bunga nya, tiba2 hampir-hampir di hancurkan oleh kaki-kaki manusia yg sibuk berlarian tanpa mengendahkan kehadirannya. mujur... si pekebun cepat smpai. sedaya upaya dia cuba untuk menyelamatkan si pokok mawar. kudup2 yg kian memekar masih lagi boleh di selamatkan.. :)

cuma.. apa yg dirisaukan, bolehkah kudup2 itu terus mekar mewangi tanpa penjagaan si pekebun? adakah pekebun mampu menghalang anasir-anasir luar drpd menghapuskan si bunga mawar? apakah yg perlu di lakukan oleh si pekebun andai suatu hari nnt kejadian yg sama berulang kembali? bagaimanakah nasib si bunga mawar? mampukah duri yg merintik mengawal sang kuntum dprd kejadian sebegitu? ohh.. nasib si bunga mawar~

p/s: jgn cuba untuk memahami isi kandungan post ini. thanx!

5 comments:

Unknown said...

carilah si tukang besi dan pagarilah pokok mawar tersebut. si pekebun pun boleh meng'outsource' khidmat penjagaan pokok mawar itu kpd sesiape yg berminat =P

fyEk said...

nape bunga mawar?
nak bunga lain~

Anonymous said...

rasa mcm aku paham maksud cerita neyh.. kantoi! :p

<~!@#> said...

dah paham da maksud rantaian kata penulis yang mengaburi lensa pembace tetapi yang tersirat kelak akan tersurat jua :p

Uena said...

abg lut: outsource?? sume itu di tgn si pekebun. hanya die yg mampu menentukan nasib si pokok mawar..

fyek: find d meaning of roses itself:P btw, u nk bunge ape? haha

aku yg best: erk!! kantoi ape kah??

yondie: andai yg tersirat tidak di kaburi yg tersurat.. insyallah ^^