Wednesday, October 8, 2008

Pura-pura

**Rasanya terlalu lama saya meninggalkan dunia karangan yang berbentuk rencana. Tapi, saya masih lagi meneruskan aktivis itu melalui blog, forum2 dan juga (*ehem*) diari.**

Sudah lebih seminggu Ramadhan meninggalkan kita dan Syawal pula menjelma. Tetapi, saya masih lagi mahu membicarakan sesuatu yang hampir saya tidak sedari ketika berada di bumi UTP ini. Walaupun di sana sini ramai yang sedang hangat membincangkan tentang sedapnya kuih raya, seronoknya b'convoi menghadiri open house, banyaknya dapat duit raya (urgh!! dis yr is d last yr i'd got duit raye T_T), dan bermacam ragam lagi.. saya masih lagi mahu mengetengahkan isu yang satu itu. PUASA.

Dulu-dulu... waktu saya masih kecil, mak cakap saya perlu puasa, orang Islam wajib berpuasa dan dapat pahala, masuk syurga. Sungguhpun saya degil amat mase kecil-kecil dulu dan masih tidak faham dengan istilah wajib dan pahala, saya turutkan juga cakap mak. Kalau tak silap, ketika itu saya baru berusia 6 tahun. Hari pertama, saya mula menghitung waktu dan soalan yang kerap keluar dari mulut kecil ini ialah, "mak, lambat lagi ke boleh makan? Lapa~~" dan puasa pertama saya hari itu diakhiri dengan lunch!! Hari-hari seterusnya, saya masih lagi cuba untuk memenuhkan puasa. Sebab mak kata, kalo puasa penuh dapat duit raya. Sehari seringgit!! uh, apalah yang difikirkan oleh budak-budak tika itu apabila diberikan ganjaran sedemikian rupa. Bagi budak 6 tahun seperti saya, nilai seringgit itu cukup besar, kalau cukup puasa 30 hari da boleh dapat rm30. Dah boleh gi kedai Ah Seng beli keropok, gula-gula or main permainan tikam-tikam (err..yg letak duit syiling 20 sen, then kuar bebola tu. and dalam bebola tu ade la gift ngarut2. haha~).

Masih lagi segar di layar fikiran. Sewaktu mula-mula berpuasa, saya lapar sangat. Tetapi, demi untuk RM1 saya curi-curi makan ayam goreng yang mak masak untuk berbuka nanti. Dan... saya xsangka pulak mak dapat detect perbuatan keji saya tu. hahaha:P Hampir terlupa, mak yang goreng ayam tu. Of coz' lah dia tau berapa banyak ayam yg di goreng!! alamak, kantoi~~~

Tapi, itu cerita masa kecil-kecil dulu. Berpuasa untuk mendapatkan ganjaran RM1 sehari. Ketika masih mentah dan tidak tahu betapa besarnya ganjaran orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan jika nak dibandingkan dengan Rm1! Sewaktu masih bodoh dan tidak tahu bahawa puasa itu adalah salah satu Rukun Iman yang wajib kita patuhi dan ikuti. Lain pula dengan apa yang terjadi lewat zaman ini. Di mana orang dewasa yang sudah baligh dan cukup akal fikirannya tidak segan silu beratur di kedai-kedai nasi kandar ataupun restoran-restoran fastfood (ouh, bagi yang perempuan mungkin ade excuse. Tapi, kadang-kadang tu ada je yang saje2 buat excuse!!!) sewaktu matahari tegak di kepala.

Fenomena ini hampir saya lupakan. Hinggalah sewaktu pulang ke kampung dan melihat sendiri kejadian yang entah apa harus saya labelkan. Tidak kira si tua atau si muda remaja, masing-masing sibuk memilih lauk-pauk yang ermm..~ agak menyelerakan. Tanpa mereka sedar berpasang-pasang mata memerhatikan gelagat mereka. kyusu' agaknya memilih lauk untuk dijadikan santapan berbuka di tengahari. Hairan dengan gelagat mereka, sudah membeli tahu pula rasa malu. Yang datang menaiki scooter, disorokkannya bungkusan-bungkusan makanan di bawah seat scooter tu, ada yang meletakkan bungkusan-bungkusan di dalam helmet, ada yang menyembunyikan di balik sweater, dan bermacam lagilah gelagat yang saya perhatikan.

Berlegar-legar di fikiran saya. Apa puncanya? Mengapa semua ini terjadi? Tidak cukupkah ilmu agama ketika belajar di sekolah dahulu? Tidak adakah pegawai-pegawai dari jabatan agama yang berdekatan membuat pemantauan tentang isu ini? Siapa kata tidak ada. ADA. Tetapi, manusia-manusia yang 'berpuasa' ini lagi bijak dan cerdik memberikan alasan.
'Saya belikan untuk anak saya'
'Saya belikan untuk mak saya yang sedang sakit'
dan seribu satu alasan yang bernas keluar dari mulut-mulut yang 'berpuasa' itu. Dulu, mereka bodoh. Makan di kedai. Sudah tentulah kene cekup dek pegawai jabatan agama islam. Sekarang, orang-orang kita makin bijak. Sudah ikut perkembangan era globalisasi. Dah xmain makan di kedai. Dah pandai main belakang. Pergi ke kedai. Beli. Bungkus. Take away. Cari port untuk melepaskan gian. Belajar daripada penagih dadah agaknya. Entahlah...

Apa pun punca dan sebab musababnya, hanya mereka yang tau. Kita sebagai spektator hanya mampu menjalankan tanggungjawab kita dengan menasihati mereka dan jadikanlah apa yang buruk itu sebagai teladan. Tepuk dada, tanyalah iman. Lu pikirlah sniri (Nabil Raja Lawak)~

3 comments:

f[nie]jj said...

kdg2, eh bkn, selalu org lupa, eh bkn juga.. ish.. erm, (how to say this..) ok, erm, ada juga org yg puasa tp di mata dan fikiran org lain org itu tidak puasa atau tidak perlu puasa. maka, terjadilah perkara2 spt "can help buy food ar?" atau lebih mencabar "camni, sy xble puasa, bole tlg blikn air? tlg rasakn skali, ok ke x?" sdgkn org itu sdg berpuasa.

perihal puasa..

Uena said...

fnie: yerp2..~mcm2 ragam xtually.wat naya je kt org yg berpuasa tu~huhu

Anonymous said...

uenanako!!
rasa cam dah lambat tapi tak kira. Kak sue nak wish jugak!

SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN.

Isk..uena terserempak kat mane pakcik2 yang tak puasa tuh? Buruk perangai btol..huhu!