Sunday, October 5, 2008

I'll let u fly...

kelmarin..
ia datang dan terbang di dalam ruang kamarku,
terbang bebas..
satu, ia hinggap di bebalik helaian langsir,
dua, ia berhenti pula di bawah lampu kalimantang,
yang terang mengruahkan cahayanya di ruang kecil ini,
dan untuk ketiga kalinya..
ia terbang menghampiriku.

semalam..
ia datang lagi,
baru aku sedari,
cantik sungguh corang coreng warna di badannya,
aku cuba amati setiap inci tubuhnya,
kupu-kupu atau rama-rama?
aku pasti..
ia adalah sang rama-rama,
mana mungkin sang kupu-kupu menyerupai sang rama-rama,
tp,
mungkin juga ia adalah kupu-kupu..
ahh, persetankan semua itu!
aku cuma mahu menceritakan..
kali ini, ia datang lg menghiasi bilik ku.
seperti kelmarin...

hari ini..
detikan jam di dinding membuatkan aku ternanti-nanti,
mungkinkah ia akan dtg lg??
tiba-tiba terasa gelap dunia ku..
kringgg~~~
aku di kejutkan dengan bunyi telefon bimbitku,
perlahan ku bukakan mata,
dan...
aku yg tadi nya berbantal kan lengan,
terkejut!
ia kaku di balik buku-buku teks yang berselerakn di atas meja.
seolah memerhatikan lagak aku yg tidur sedari td,
sungguh, penantian aku tidak tersia..
ia dtg lagi hari ini,
aku mula merasakan ia kepunyaan ku..
aku mula takut untuk melepaskan ia pergi..
aku mula fikir ia mungkin xkan dtg kembali..
aku mula mengunci semua tingkap-tingakap..
dan menutup segala inci ruang kamar..
aku mula tamak..
tapi,
kali ini..
ia tidak lagi terbang bebas..
ia tidak lagi hinggap di merata..
seolah rajuk membawa diri..
aku terasa,
seperti aku tidak memiliki diri nya..
selama ini,
aku sangkakan ia aku punya..
tapi,
ternyata tidak.

perlahan aku bukakan tingkap,
dan aku lepaskan ia pergi..
andai ia milik ku,
suatu hari nanti pasti ia akan hinggap di dalam kamar ini lg..
yang satu itu,
aku cukup yakin..
terbanglah..~
-end-

No comments: