Aku menyalahkan si musim. Pada fikiranku, tanah yang disinari haba yang berlebihan daripada sang suria semakin lama, semakin gersang. Lantas, pepohon hijau di rimba mulai kehilangan nutrisi-nutrisi yang diperlukan daripada sang tanah justeru tidak subur. Salah satu komponen terpenting hidupan; air di kali juga semakin kontang. Kesian sungguh pada fauna di rimba. Akibatnya, menganggu system rantai makanan di rimba yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi nyanyian sang unggas.
Kotak mindaku mula bekerja, mengira-ngira setiap pro dan kontra setiap kejadian. Bagaimana, ya? Apa yang diperlukan untuk memulihkan situasi ini? Rindu betul hati ini untuk mendengar nyanyian merdu sang unggas untuk kesekian kalinya. Sungguh aku rindu. Tatkala mengenangkan masa-masa indahku tika mendengar nyanyian sang unggas, aku begitu bahagia… aku begitu terpesona… aku begitu asyik… Rindu.
Mungkin sang hujan boleh meringankan bebanku yang satu ini. Mungkin…
Hujan oh, hujan…
Tapi.. bagaimana? Entahlah. Mindaku berselirat kembali. Susah benar untukku mengungkaikannya kali ini. Mana mungkin aku; manusia yang begitu kerdil ini mahu memanggil hujan? Itu sudah menentang hukum alam namanya. Penat. Mindaku sudah penat menambah tolak setiap idea-idea yang muncul di benakku ini. Keputusannya masih sama. Buntu.
Biarlah… apa yang pasti, usahaku yang satu itu tidak pernah aku tinggalkan. DOA. Insyaallah…hari itu pasti kan menjelma. Hari di mana sang hujan mencurahkan butir-butir rahmat pada sang bumi dan menjadikannya seperti sediakala ataupun semakin subur. Insyaallah…
p/s: Ya Allah, Engkau makbulkan segala doa-doaku dan Engkau permudahkanlah perjalanan hidupku dan orang-orang yang aku sayangi. Ameen~
2 comments:
teruskan berdoa kerana Allah suka org yang meminta kepada-Nya.
jangan putus asa.
chaiyuk!chaiyuk!=)
insyaallah.. i will.
thanx kak sue~~
^^
Post a Comment