Tuesday, September 29, 2009

Saje Je

Terlalu banyak berfikir... tidak bagus juga kan? Itu lah, lain di fikir.. lain pulak yang dibuatnya. Haru! Boleh jadi tua gamaknya. Sikit sikit fikir begini, sikit sikit fikir begitu. Sampai bila sudahnya. Bisa menimbulkan garis garis halus di wajah sungguh! Jadi bagaimana? Tepuk dada tanya selera? Heh..~ Dulu mungkin phrasa itu boleh diguna pakai, tapi jikalau mahu mengaplikasikan pada manusia yang berhati batu ini... rasanya payah! Ikut suka kepala dia saja, bila tergadah baru tahu menyesal dan nak mengaku salah. Masa tu, keluar air mata darah sekali pun dah tak guna dah. haih~ manusia... manusia... macam macam peel betul.

Tengoklah tingkahnya sekarang, suka sangat mengikut kata hati. Kononnya dialah yang betul bagai. Kadang, bila difikir fikir boleh diguna pakai juga kata kata yang keluar dari bibir manusia yang satu itu. heh~! Cukup cukuplah mengimpikan sesuatu yang tak tercapai dek akal. Bodoh, bukan? Objek asing yang hanya beberapa kali melilau di depan mata, dipuja dan digilai. Sedangkan benda benda lain di depan mata, langsung tidak diendahkan. Padahal entah apa nilai objek tersebut tidak diketahui. Inilah resmi manusia... gajah di depan mata tak nampak, walhal kuman di seberang laut nampak pula!

Hmpph!!

4 comments:

limauais said...

kak uena,be happy like u always be (^_^)

Uena said...

babe~ i'm alwiz... dun worry, dear! ^^

Sya Sakura said...

ermm.. a friend of mine once said: jangan fikir byk sgt, instead be simple and simplify complicated things, not the other way around..

and always be happy k dear =)

Uena said...

hyet2!! will do, babe :)
thanx..insyaallah, i will try..