Monday, February 4, 2013

Missing the old me

Somehow, rasa rindu pada diri yang lama. Bukan nak cakap diri yang ada sekarang ini tidak cukup bagus atau apa. Atau bukan nak merungut-tidak-bersyukur dengan kegembiraan sekarang. Gembira. Sangat bahagia. Cuma, ada sedikit rasa rindu memutik pada bahagian diri yang mula hilang secara perlahan. Bahagian yang seperti ini. Keterluahan rasa pada hamparan blog, yang dulu tak pernah kering dengan idea dan persoalan. Yang dulu seringkali meluahkan sesuatu dengan lantang tanpa perlu fikir itu ini. Luah saja.

Tapi, I don't know why. that part of me perlahan hilang.

Nak dikejar..tapi bagaimana tidak tahu.

Mungkin bahagian itu tidak hilang. Cuma perlu polishing sahaja. 

Mungkin.

Harap.

P/s: Psycopath adalah sangat menakutkan. Go away.