Tuesday, May 13, 2008

dewasa

arakian, tersebutlah kisah... tanggal 11 Mei 2008, genaplah umurku 22 tahun. layak nya aku di gelar sang dewasa sudah. haha :P selamat datang ke dunia tua..lalala~ops, bukan tua la. dewasa ye, pembetulan di situ. D.E.W.A.S.A. eja betul2..~~ hik3
kedatangan hari dewasa ku itu tidak lah disambut dgn sebetul nye pon...hanya ungkapan selamat hari lahir dari ibuku tersayang dan ahli keluargaku sudah cukup tuk menyentuh kalbu. tambahan pula, hari dewasa ku jatuh pada hari ibu..ouh selamat hari ibu kepada mak..dan juga kepada diri ku yg bakal menjadi ibu untuk beberapa tahun lagi..eheee~[berangan tul!! :P]

mak ckp nk dtg untuk menyambut hari dewasaku. tp, aku menolak dgn alasan..duit minyak ngan tol je dah bape..kang kesian lak dorg datg penat2..tp, kejup je ley sambut ngan aku. ini sume berpunca drpd kertas peperiksaan ku yg berturut-turut selama dua hari.. [ pengurusan strategi dan kemasyarakatan jurutera..err betul ke ek?hantam je la~~:P] da la kedua-dua matapelajaran tersebut perlukan kosentrasi yg amat tinggi, juga pemahaman yg begitu jitu.. realiti nya aku begitu lemah dalam subjek yg perlu daya membaca dan menulis atau dgn lebih tepat lagi..mengoreng jawapan untuk menjadi lebih sedap... aku bukan lah si penggoreng yg tegar. lagipula, aku hanya ada dua hari sahaja untuk mengulangkaji subjek-subjek tersebut. rasa macam da hampir putus segala urat saraf ku.. hahaha :P

disebabkan itu,lah aku membuat keputusan untuk tidak menyusahkan ibu dan ayah ku. biarlah hari dewasa ku tidak disambut. biarlah hari dewasa ku di habiskan dgn mengulangkaji pelajaran..aku tidak kisah. ouh, tidak dilupakan juga..ucapan selamat hari lahir daripada rakan-rakanku. -terharu sebentar-
yani pula memberi aku hadiah. ahh, aku terharu lagi.. anak patung beruang. aku suka. aku sgt suka anak patung beruang. sgt comel..terima kasih yani. sesungguh nya aku sgt terharu..^^

hari ini, genaplah sudah umurku 22 tahun dan 2 hari. dan aku telah berjaya untuk menjawab dua kertas peperiksaan penggal akhir. alhamdulillah..berkat pembelajaran berkumpulan, dan berkat tunjuk ajar rakan-rakanku [esyad, e, yani] aku berjaya menjawab soalan2 tersebut. aku sendiri tidak pasti sama ada jawapan aku betul atau tidak. tapi, apa yg pasti aku sudah berusaha. selebihnya aku hanya bertawakal pada yg Maha Kuasa. moga keputusan peperiksaan penggal akhir ku ini cemerlang dan begitu juga buat rakan-rakanku yg lain. Aminn..

rasanya, sampai di sini sahaja nukilan ku buat kali ini. kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi, kalo ada umur yg panjang, boleh hamba mengepost lagi..lepas ni nk gi basuh baju yg menimbun2 tu pulak. kebelakangan ni mmg aku sgt sibuk..ok,lah.hingga jumpa lagi...

[cube untuk mengelakkan penggunaan bahasa inggeris..hahaha:P bajet cm nk wat karangan..tp, cm hancuss jeee~~apedaaaa!! hahaha ^^]

No comments: