Tuesday, January 20, 2009

engagement itu... *excited*

'Diamond & Platinum'

Sangat cantik kan, cincin yang bertakhtakan batu berlian yang berkilauan?? Semenjak dua menjak ni, batu-batu berlian ni sudah menjadi perhiasan mata saya dan sepupu. Kami berdua seringkali melewati kedai-kedai emas, xkiralah yang berjenama seperti 'diamond & platinum', 'poh kong', 'habib jewels', 'tomei'... hinggalah ke kedai-kedai yang bertaraf 'kedai emas cik bedah' dan yang seangkatan dengannya.

Nak dijadikan cerita, selepas menjelajah semua kedai-kedai tersebut... hanya satu rekaan yang betul-betul menarik hati saya. Tak kisahlah kalau ada yang nk mengatakan itu hanyalah typical design; sebentuk cincin yang bertakhtakan seketul berlian besar di atasnya. simple... tapi, saya betul-betul berkenan! dan tidak keterlaluan agaknya kalau saya mahu platinum dan bukan white gold atau gold, tak kisahlah.. walaupun harganya sedikit lebih.. RM45k! hahaha :D

Beranganlah!!!

*excited* saya gembira untuk kak ila. Akhirnya, sepupu saya yang seorang ini bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya dalam masa terdekat. Syukur.. walaupun saya sedar saya akan kehilangan seorang teman, seperti sepupu-sepupu yang dulu. Biasalah.. sudah berkahwin. Ada anak.. ada suami.. masing-masing bz dan tak sempat nak melayan saya ke wayang, window shopping atau lepak-lepak. (misi: perlu cari keje cepat! Jadi, takdelah terase sgt kan..:P)

Nampaknya saya sudah nampak masa depan saya. Memandangkan hanya saya yang tertua (err..tidak ada komitmen lg) antara semua sepupu dan single, memanglah adat akan diheret ke sana sini untuk survey barang-barang kahwin. dan yang paling menyeronokkan ialah sewaktu hari pertunangan, pernikahan dan persandingan. Di mana tugas saya ialah membawa kak ila untuk di make-up kan (i lyke! :P) dan mungkin pengapit?? (uh..xsuke!!) perkara yang satu ini mungkin akan dielakkan sebolehnye (alasan: takut terjatuh hati kt pengapit lelaki! haha.. karut~).

Tahniah, kak ila! ^^

::wah, sudah agak lame xupdate!::

5 comments:

Putera Katak said...

mintak la si die belikan satu ...
ngeee :D

Uena said...

hahaha~
makin kering la si die..

ngeee~ :P

Aishah AR said...

abes la man...uena da hint2 da tu...mahal siketttt je 45k..ahaha

Uena said...

siket je kan..aisyah kan~~
hahaha :D

limauais said...

aihh..pegi mjlis tunang org tu,kak una bile lagi nk ikot jejak langkah spupu?haha..
dun 4get jmput ktorg kt cni :)