Seputih Qaseh adalah seorang wanita yang sungguh baik, luhur, dan ikhlas. Dia begitu mencintai suaminya, Ridhwan. Seorang anak yang taat pada ibunya. Malangnya, perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu Ridhwan. Ridhwan dibuang daripada keluarganya. Tatkala itu, dia yang sebelum ini tidak pernah merasakan kesusahan hidup, begitu susah untuk mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup mereka sekeluarga. Suatu hari, Ridhwan membawa balik sebuah beg yang mengandungi dadah. Dan secara tiba-tiba, malam itu polis datang menyerbu rumah mereka. Untuk menyelamatkan suami dan anak-anaknya, Qaseh mengaku kepada pihak polis bahawa dadah itu adalah miliknya. Dia tahu, jika suaminya disabitkan kesalahan, ibu mertuanya pasti akan merampas anak-anaknya daripada dia. Akhirnya dia dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun.
Sesudah selesai menjalani hukuman di penjara, Qaseh ingin kembali ke pangkuan suami dan anak-anak tercinta. Tetapi, malangnya suami nya telah berkahwin lain. Tetapi, dia tetap tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Berita yang disampaikan oleh suaminya diterima dengan hati yang tabah dan sabar walaupun jauh dilubuk hatinya terluka. Belum pun sempat hatinya sembuh dengan dugaan tersebut, dia diftnah menjalinkan hubungan dengan seorang peguam, Johan. Johan adalah seorang lelaki yang baik, begitu mencintai Qaseh, walaupun dia tahu Qaseh hanya mencintai Ridhwan. Tetapi baginya, walaupon hanya di dalam mimpi dia dapat memiliki Qaseh, itu sudah memadai. Dia hanya mahu yang terbaik buat Qaseh. Dalam masa yang sama, Johan mendapati Qaseh hanya dapat hidup untuk sebulan lagi. Qaseh menghidapi kanser paru-paru ditahap kritikal. Hati seorang ibu. Walaupun seperit mana pun dia melalui liku-liku hidup, tetapi untuk menyusahkan anaknya tidak sesekali. Begitu juga lah dengan Qaseh. Dia tidak mahu anak-anaknya risau akan keadaan nya dan meminta Johan agar merahsiakan penyakitnya itu daripada pengetahuan anak-anaknya dan suaminya yang tercinta.
Ridhwan tahu, Qaseh sudah banyak berkorban untuknya. Dia tahu, pengorbanan dan kasih saying Qaseh tidak ternilai buat nya. Di sebabkan itulah, dia nekad dan berjanji pada Qaseh untuk membawa Qaseh tinggal bersama-sama Umi dan anak-anaknya. Malangnya, panas tidak sampai ke petang. Pada suatu petang yang hening, di kala ummah islam yang lain sibuk menyediakan persiapan untuk berbuka puasa, jiran Qaseh, Mak Som memfitnah Qaseh sedang melakukan hubungan bersama Johan dan memberitahu umi. Dan pada waktu yang sama, umi dating bersama Ridhwan dan anak-anaknya untuk menyaksikan kejadian tersebut. Petang yang sepatutnya Qaseh dibawa pergi oleh Ridhwan menjadi sayu apabila Ridhwan melafazkan lafaz cerai terhadap Qaseh.
Sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Itulah keadaan Qaseh sekarang. Selepas diceraikan oleh Ridhwan, hak penjagaan anak pula ditarik daripada nya. Umi telah memaksa Ridhwan untuk menarik hak penjagaan anak keatas Qaseh. Kasihan… Tanpa rela dan untuk tidak menderhaka kepada ibunya, Ridhwan terpaksa melakukan semua itu. Sebagai seorang peguam, Johan tidak betah melihat kekasih hatinya menderita sedemikian rupa. Dia mencadangkan kepada Qaseh untuk membuka balik kes dadah yang melibatkan suaminya dahulu sebagai galang ganti untuk memberikan hak penjagaan anak-anaknya. Untuk menguruskan hal tersebut, kedua belah pihak telah berunding. Pihak Ridhwan telah menawarkan wang kepada Johan untuk menarik balik dakwaan tersebut. Tetapi, Johan dengan petah mengatakan dia bukan berjuang untuk duit. Tetapi demi kebenaran yang telah lama tersembunyi dan hanya akan setuju jika hak penjagaan anak-anak Qaseh diberikan semula kepada Qaseh. Sebagai anak yang taat, dia menelefon umi nya dan bertanyakan pendapat uminya. Tetapi, uminya tidak bersetuju dan berkeras untuk menentang dakwaan Johan dan Qaseh.
Ketika itulah segala persoalan terbongkar. Ridhwan bertanyakan Johan tentang hubungan nya dengan Qaseh. Seperti biasa, Johan menjawab bahawa Qaseh adalah kekasih hatinya. Tetapi, dia tidak memiliki hati Qaseh. Kerana hati Qaseh hanya milik seorang lelaki yang langsung tidak pernah menghargai kasih saying Qaseh. Diberi susu, tuba dibalas. Johan juga menyatakan kepada Ridhwan bahawa Qaseh sudah tidak dapat hidup lama. Akhirnya Ridhwan dapat tahu kebenaran yang tersembunyi selama ini.
Di rumah umi, wartawan sibuk menemuramah umi dan Ridhwan tentang kes dadah tersebut. Dan di hadapan wartawan, Ridhwan mengaku bahawa dadah tersebut adalah kepunyaan nya dan bukan Qaseh. Qaseh hanyalah kambing hitam yang dijadikan korban. Dan di kala itu juga lah dia menceraikan Maria, isterinya yang gilakan duit. Ketika itu, umi nya terkejut kerana selama ini Ridhwan tidak pernah ingkar akan kata-katanya. Kemudian barulah umi mendedahkan bahawa dia yang menyuruh orang memberi dadah tersebut kepada Ridhwan, kerana dia tahu Qaseh akan menyelamatkan Ridhwan. Qaseh terlalu cintakan Ridhwan. Itu sahaja jalannya untuk dia memisahkan Ridhwan daripada Qaseh. Ridhwan begitu terkejut mendengarkan pengakuan ibunya itu. Tanpa berlengah lagi, dia meninggalkan ibunya dan bergegas membawa anak-anaknya untuk menemui Qaseh. Kasihan Qaseh. Dia sudah tidak punya masa yang banyak untuk bersama anak-anaknya. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Qaseh sempat menyuapkan juadah hari raya kepada anak-anaknya.
Johan terkesima melihatkan Qaseh yang sudah tiada. Harapan hanya tinggal harapan. “Biarlah aku hanya mencintaimu di dalam mimpiku. Kerana aku tahu, hati mu sudah tertutup rapat untuk lelaki lain, wahai permaisuri hatiku..” akhirnya Qaseh menghembuskan nafasnya terakhirnya dengan senyuman. Senyuman yang tidak mungkin akan kembali. Senyuman yang mampu disemadikan dalam ingatan. Buat selamanya…
P/s: Tika menonton cerekarama ini, hatiku begitu sayu sekali melihatkan pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Seorang wanita yang tabah, sabar, ikhlas, redha dengan hidupnya dan tidak pernah menyalahkan takdir. Malah dia selalu bersyukur dan kuat menghadapu segala rintangan. Aku tidak henti-henti menangis…cerita ini begitu menyentuh hatiku. Sedih sangat. Mungkin kah aku dapat mencontohi Qaseh? Mungkinkah aku sekuat dia?? Mungkinkah…
No comments:
Post a Comment