setiap kali kita berkata-kata pasti ada tersilap kata sebarang dua. bak kata anak muda zaman kini, ter'typo'. betapa canggihnya perkataan yang dicipta oleh orang kita kini. kemanisan kata semakin lama semakin luput di mata anak muda kita. akukah itu? akukah itu yang berada di antara golongan yang tidak menghargai kata? 'poyo', 'sengal', 'damn'... itu antara kata yang semakin pudar rasa-rasa kemanisannya.
dimanakah silapnya kata sehinggakan rasanya sudah tidak semanis dahulu? ku renung lapisan putih di hadapan aku ini. lapisan putih yang bernama dinding. betapa teguhnya dinding ini berdiri, betapa utuhnya dinding ini bermegah. tetapi, suatu masa nanti dinding itu pasti akan menjadi seperti kata yang makin lama makin pudar, makin suram. tiada lagi kata-kata yang bersulamkan madah puisi yang begitu indah. tiada lagi kata yang berhipobola.
aku cuba untuk menyelak helaian memori di sebalik minda ku yang semakin bercelaru dengan setiap kata, setiap kosa, setiap subjektif dan adjektif... ahh, minda ku menghambat jari jemari ku. semak katanya. perlahan aku mengintai..ouh, itu dia. akhirnya, aku menjumpai helaian kata yang dahulunya begitu indah aku coretkan, begitu puitis aku lakarkan. hmm..zaman anak muda yang baru mengenal erti cinta. setiap kata yang dicoretkan pasti indah-indah belaka.
perlahan lagi aku menyelak setiap helaian itu. manisnya kata yang dicoretkan. otak ku ligat berputar mengimbau kenangan lalu. mengimbas setiap baris kata yang tersusun rapi dan tercoret indah di setiap helaian minda ku. hurm, anak muda yang meningkat dewasa. sudah pandai bermain api cinta. cinta yang belum tentu sudah nya. hanya dihiasi dengan kemanisan kata yang menjanjikan sesuatu yang tidak pasti. kata kah itu? ya.. itu,la realiti kata. kadang pahit untuk diterima. cinta yang aku ungkapkan ini lah yang memperkenalkan aku dengan bait-bait indah kata. yang mengajar aku untuk mengungkapkan puisi-puisi cinta. ya.. cinta yang kini aku tidak percaya lagi. cinta yang mengajar aku untuk tidak mudah percaya pada lelaki. cinta yang membuatkan aku anti-lelaki suatu ketika dahulu. CINTA MONYET.
setiap kata yang terungkap tika sibuk bercinta bersama si monyet.. sememangnya indah belaka. hanya kini aku sedar, kata-kata yang menyatu menjadi ayat-ayat yang indah, menjadi kenangan-kenangan yang pahit dan manis.. semuanya hanya mainan perasaan semata. mungkin hanya sedikit berlandaskan akal fikiran yang waras. ahh.. memang pening bila membicarakan tentang kata. tetapi disebalik kepeningan itu, ada semacam suatu kepuasan pabila membicarakan soal kata. ahh..biar lah kata hari ini terhenti di sini sahaja. kebas sudah jari jemariku menyelak setiap helaian minda yang terlarang. melarang hati empunya diri terluka buat kali kedua. tetapi, ahh..itu semua kan dapat dijadikan pengajaran.
minda: kuatkah engkau untuk mengimbau semua kenangan demi kata? kuatkah engkau untuk menahan luka yang lama daripada berdarah kembali? kuatkah engkau untuk menahan rembesan air matamu itu?? sungguh aku tidak sanggup untuk melihatnya lagi. bukankah engkau sudah berjanji untuk tidak menangis demi seorang yang bernama lelaki lagi?
aku: ahh, minda. aku hanya manusia biasa. siapa lah aku untuk menahan godaan hati ini. aku kuat.. aku tahu bagaimana diri aku.
minda: ouh..iya?baiklah. aku hanya mampu untuk tunggu dan lihat.
aku: terima kasih minda. aku tahu, tanpa tunjuk ajar mu aku tidak lagi matang menempuh hidup ini. terima kasih.. sesungguh nya, jangan pisah kan aku dengan kata. walaupun dulu nya kata pernah merobek jiwa ku, hati ku.. tetapi tanpa kata jiwa ku resah. aku tidak mampu menahan rasa untuk berpisah dengan kata. yang pasti nya, aku tidak boleh! kata adalah segala nya buat diri ku...
-kata mode is on!!:)-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment