Monday, January 26, 2009

Announcement

*there is no post after this entry, until i'm officially employed*
-end-

Saturday, January 24, 2009

oh.. happy, happy day~

happi #1
happi #2
happi #3
happy #4
happy #5
both of them cute, huh~

Friday, January 23, 2009

udang di sebalik mee goreng!

saya suka sangat bunga itu. saban hari, akan dibelai dimanja dan diberi segala nutrisi-nutrisi yang diperlukan. cakap. apa yang tidak cukup.. air? baja? kasih sayang? perhatian? serba-serbi lengkap. hinggakan sekelumit kuman pon tidak berani mendekati bunga itu. inikan pula serangga atau makhluk-makhluk perosak yang lain nya. balasan. sudah dasar manusia. seringkali mengharapkan balasan. kerap kali lupa untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa. ikhlas.

bodoh. itulah satu perkataan yang saya rasa cukup sinonim. apalah sgt yang boleh diharapkan drpd sekuntum bunga?? cukuplah hanya sekadar ia tumbuh segar dan cantik menghiasi laman rumah. Tapi, tika itu hati saya sudah merajuk. tidak sedar akan kebodohan diri. buta sungguh mengikut kata hati tanpa mengambil kira pertimbangan akal. Hati dengan gembiranya menyuruh saya mengabaikan bunga itu. biarkan ia hidup sendiri. biarkan. saya mengiakan apa yang dihasut oleh si hati.

Buta dgn telunjuk hati...

Wednesday, January 21, 2009

Paleolitik

Perasaan saya sekarang adalah seperti mahu duduk dan menetap di dalam gua. Tiba-tiba rasa aneh itu menjenguk minda yang agak kurang stabil kebelakangan ini. Biarlah saya hidup seperti mereka-mereka daripada 50 000 - 100 000 tahun lampau.Mudah.

Tidak perlu lagi saya bersusah payah untuk menghantar resume ke sana ke sini. Tidak habis duit minyak untuk ke pejabat pos. Tidak habis duit setem dan sampul surat untuk mengisi resume. Tidak habis duit elektrik untuk apply online . Hanya perlu.. memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan untuk meneruskan hidup. Wang? Saya rasa, saat itu belum wujud lagipun istilah wang yang dijadikan mata pertukaran barang-barang. Mungkin saya boleh merasa sistem barter? Lebih baik. Tidak perlu lagi memikir turun naik harga barang. Senang.Tidak ada cukai itu ini. Saman itu ini. Oh, bercakap tentang saman, saya rasa saya perlu fikirkan tentang kuda yang hendak dijadikan kenderaan. Mau kuda putih, ok. Nanti cari.

Atau.. tika itu saya boleh di gelar wanita gagah?? Apa tidaknya.. untuk memburu, mana mungkin wujudnya senapang gajah atau alatan memanah. Cuma perlu menggunakan batu, kayu atau tulang binatang saje. Maka, akan berketul-ketul lah badan saya waktu itu. Mungkin akan mengalahkan Malek Noor!! Atau menjadi ala-ala Xena the warrior princess. Sambil menaiki kuda putih memegang senjata. ops! (ini imaginasi yang agak berlebihan. berhenti!) Ok, konklusinya akan menjadi wanita yang kuat. Cukup.

Tapi, saya mungkin akan menghadapi sedikit masalah untuk hidup di zaman itu. Pakaian. Alamak!! Takkanlah saya perlu memakai pakaian daripada kulit-kulit binatang. euww~ sangat... Agaknya, saya perlu membawa sedikit bekalan pakaian saya. Walaupun saya tahu tidak ada mall-mall pada zaman itu, akan saya cuba untuk menyesuaikan diri. Harapnya lah!! (betul ke nih?? -_-") ini mungkin salah satu halangan terbesar untuk saya hidup pada zaman itu.
::urghh~ Paleolitik!!::
Kringggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!


Gila. Tidak mungkin. Tidak mungkin sekali lagi. 'Bangunlah, una! Jangan mimpi lah kau boleh hidup pada zaman-zaman batu tu.' Ya, saya tau. Tidak boleh. Tapi, apalah salahnya jikalau mahu menganyam angan-angan tatkala bosan menanam anggur? Mungkin sedikit tekanan membuatkan urat-urat di dalam otak bekerja keras.. lalu, menjanakan idea-idea kuno yang entah logik atau tidak untuk diterima akal. Pendek kata, emosi kurang stabil. Sakit jiwa? Tidak.. belum sampai lagi ke tahap semaksima itu. Cuma, mungkin di dalam kategori sakit jiwa yang tidak melampau. Tahap minima agaknya. Sedikit neurosis dan sedikit juga depression. Bukan psikosis, ok!

p/s: maaf kepada orang-orang yang berkenaan. maaf.
p/s/s: /me away mencari gua untuk bertapa.

Tuesday, January 20, 2009

engagement itu... *excited*

'Diamond & Platinum'

Sangat cantik kan, cincin yang bertakhtakan batu berlian yang berkilauan?? Semenjak dua menjak ni, batu-batu berlian ni sudah menjadi perhiasan mata saya dan sepupu. Kami berdua seringkali melewati kedai-kedai emas, xkiralah yang berjenama seperti 'diamond & platinum', 'poh kong', 'habib jewels', 'tomei'... hinggalah ke kedai-kedai yang bertaraf 'kedai emas cik bedah' dan yang seangkatan dengannya.

Nak dijadikan cerita, selepas menjelajah semua kedai-kedai tersebut... hanya satu rekaan yang betul-betul menarik hati saya. Tak kisahlah kalau ada yang nk mengatakan itu hanyalah typical design; sebentuk cincin yang bertakhtakan seketul berlian besar di atasnya. simple... tapi, saya betul-betul berkenan! dan tidak keterlaluan agaknya kalau saya mahu platinum dan bukan white gold atau gold, tak kisahlah.. walaupun harganya sedikit lebih.. RM45k! hahaha :D

Beranganlah!!!

*excited* saya gembira untuk kak ila. Akhirnya, sepupu saya yang seorang ini bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya dalam masa terdekat. Syukur.. walaupun saya sedar saya akan kehilangan seorang teman, seperti sepupu-sepupu yang dulu. Biasalah.. sudah berkahwin. Ada anak.. ada suami.. masing-masing bz dan tak sempat nak melayan saya ke wayang, window shopping atau lepak-lepak. (misi: perlu cari keje cepat! Jadi, takdelah terase sgt kan..:P)

Nampaknya saya sudah nampak masa depan saya. Memandangkan hanya saya yang tertua (err..tidak ada komitmen lg) antara semua sepupu dan single, memanglah adat akan diheret ke sana sini untuk survey barang-barang kahwin. dan yang paling menyeronokkan ialah sewaktu hari pertunangan, pernikahan dan persandingan. Di mana tugas saya ialah membawa kak ila untuk di make-up kan (i lyke! :P) dan mungkin pengapit?? (uh..xsuke!!) perkara yang satu ini mungkin akan dielakkan sebolehnye (alasan: takut terjatuh hati kt pengapit lelaki! haha.. karut~).

Tahniah, kak ila! ^^

::wah, sudah agak lame xupdate!::

Sunday, January 11, 2009

tonight



Fm Static Lyrics
Tonight Lyrics

bile kte marah...grrr!!!

Kemarahan mmg blh mmbawa seseorang itu ke tahap yg plg bwh skali. Biler marah, segale kontrol tetibe ilang. Mulut laju je melontarkan perkare2 yg x enak didengar. Tgn laju je membuat perkare2 yg x elok dilakukan. Keupayaan utk berpikir ilang seketike biler kite marah. Biler marah, ati yg sakit tu yg amik alih keupayaan kite utk berpikir. Kite nak jugak org tu rase sakit ati same cam kite (err.. mcm selalu buat jer!!! hik3:P).

Sakit ati - penyakit yg bleh buat kite ilang kawan, ilang respek, ilang segale pandangan2 baek org laen terhadap kite kalo kite x kontrol akibat yg dtg drpd ati yg sakit tu. Bende ni bley reveal tahap kematangan kite, how we face things, how we handle things.

So biler marah, sukati la kalo nk balas balik, tu hak masing2. Atau, tarik napas dalam2, tenangkan ati yg menggelegak tu, SABAR or find d center of ur breathing system and do meditation (ini aku amik from Oprah Winfrey show..hehe,xpenah wat lg!). Org kate silence is golden. Kalo org yg sakitkan ati kite pulak x nk mintak maap, tu pon terpulang pade die. Bior die sorg2 berada di tahap yg bwh, xkan kite nk join plak kan, dudok same2 plak kt tahap yg bwah tu membelakangi each other, baek sorg ateh,sorg bawh.

Satu lg bende kite suke buat biler marah, kite lepaskan kt org laen. Kite ngumpat plak. (tu aku slalu buat ish3). Aku rase ramai selalu buat... hehe nk balas balik rase kejam benor, last2 kate blakang2, dah masok dose2 besor plak. Bkn plak aku nk kate baek kite balas dprd kite ngumpat, tp tujuan kite balas tu pon sbb nk bg ati pueh (HA HA HA - ati gelak evil), nk sakitkan ati org balik. Kite jadik same dgn org yg sakitkan ati kite - duduk di bwh.

So pape pon, senjate plg baek adelah DIAM. Lidah ni tajam, lg tajam dprg pedang. Lg tajam dprd pisau potong ayam tuh. Biler kite marah, kate2 yg keluar mmg menusuk2, silap ari bulan masin mulut kite. Pepatah melayu kate, "Terlajak perahu bleh diundur, terlajak kate, haaa..sambong2 :PPP" (aku pon nk kene igtkan diri aku gak neh..*sigh*)

Pendek kate marah ni mmg bleh buat kite wat bende2 yg non-productive, non-beneficial spt yg terluah di ateh - kritik kelemahan org laen, ngumpat, ngutok dan yg sewaktu dgnnye.

Mesti kite sume familiar dgn quote ni, "Layan org laen spt mane anda mahu dilayan". "Layan org laen spt mane anda mahu dilayan". "Layan org laen spt mane anda mahu dilayan". alamak, terlebey suda~~ (kudos to stacy af6 :P:P:P) X yah explain kot maksod die. Sendiri mau igt la okay...~

kdt to: Puella Husna

Saturday, January 10, 2009

down

every nite, ntah kenapa.. aku slalu membayangkan dat nite is d last nite for me. and tonite pon aku rase mcm tu. seolah-olah selepas aku pejamkan mataku malam ni, there is no other days are left for me. dan ditambah saratkan lagi dgn rase down yg entah kenape muncul, membuatkan aku rase seribu satu rase membuak-buak di segenap aliran urat sarat ku.

ntahlah, tbe2 aku rase.. andai malam ini adalah malam t'akhir untukku, tiada siapa yg akan terasa dan peduli akan pemergianku kecuali keluargaku. sungguh, aku rasa begitu sekali. tiada. enough.

Nitey, all. b4 aku tdo, maaf dipinta andai ade salah dan silap yg menyakitkan hati. manalah tau, esok2 aku xdpt mencoret lg di dada blog ni. atau lebih nyata, jasadku tidak bernyawa lagi di muka bumi ini. MAAF.

Friday, January 9, 2009

Rentetan

things dat i'd dicovered for d past few days:

- 1st and d foremost; i'm officially graduated!! hoyeahhh~hoyeahhh~~ (mode:happi^^)
- even tho already graduated, but then stil hold d status of 'penganggur terhormat' .duh~~ (mode:stressful + down...ngaaa~~~)
- b4 dis, i thought i'd lost my best fren; Jakas (maybe b'coz he already has a gf and he might be forget 'bout me??). luckily, he just called me and said sorry for d long silent. (mode: happi^^) yay! eyt, jakas.. i still remember when we went out makan-makan naik JFX!! wah, lame xnaik JFX. miss her!! (err.. her kan??? coz' u said she 's ur 2nd gf~~ :P)
- not all d time dat everything we planned will turned to wuteva we want. so, juz appreciate d chances to meet him on dis monday!! (mode: happi!! finally, after more than a month..fuh~)
- Jakas asked me 'bout my dream car; when i wanna buy VW newbeetles. *uhuk* i still love my PHG. so, VW newbeetles tu kte jdkan as hantaran je la kan~~~ hahahha :P (mode: love u PHG*wink*)
- i wanna said 'sorry' to sum1 and already wrote a letter to mail to dat sum1. not only dat, b4 dis already post an entry; 'sorry'... but, i deleted it. y?? dunnoe. (mode: it's complicated). to mr-you-noe-who-you-are i'm rilly sorry. (xtau lah if mr-you-noe-who-you-are don't know dat he is d person i refer to -_-") (mode: rilly mean it)
- i own dis blog. but.. lately, i dunnoe what topic i wanna write at ere. finally, d posts will end up by putting some picture, quotes, links and points like dis entry... hahaha~busan kan? gomenne~gomenne~ ^^(mode: no idea)
- we (refer to: me myself, my cousin w/ her new born baby; farisha, my mom, and my aunts) went to have a dinner at kopitiam. and suddenly my cousin pass her child to me while she took all d milk stuffs. all d way to the restaurant, i heard a male voices told me dat my child was so cute. (erk! my child?? de gaya2 ibu ke ehhh?? hahaha :P) den, t'sengih-sengih aku kt dat guy while saying 'thanks' to him cz' admired 'my child'. kui3:P (mode: bahagia sebentar.ngeh3)

-The End-

Wednesday, January 7, 2009

job in qatar?

click me! click me! click me!

Info: Please submit CVs to Haris Moidu (HMoidu@qatargas.com.qa) and copy to Matthew Smith (MSmith@qatargas.com.qa)

p/s: jum apply reramai!

bicara kosong

Aku pelik. Aku hairan. Entah mengapa setelah sekian lama… nyanyian merdu sang unggas, kedengaran begitu sumbang sekali pada deria pendengaranku yang satu itu. Serba-serbi tidak kena. Ada saja intonasi yang menyakitkan telingaku. Ada saja pitching yang lari di sana-sini yang kadangnya boleh menyumbangkan penyakit hati.

Aku menyalahkan si musim. Pada fikiranku, tanah yang disinari haba yang berlebihan daripada sang suria semakin lama, semakin gersang. Lantas, pepohon hijau di rimba mulai kehilangan nutrisi-nutrisi yang diperlukan daripada sang tanah justeru tidak subur. Salah satu komponen terpenting hidupan; air di kali juga semakin kontang. Kesian sungguh pada fauna di rimba. Akibatnya, menganggu system rantai makanan di rimba yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi nyanyian sang unggas.

Kotak mindaku mula bekerja, mengira-ngira setiap pro dan kontra setiap kejadian. Bagaimana, ya? Apa yang diperlukan untuk memulihkan situasi ini? Rindu betul hati ini untuk mendengar nyanyian merdu sang unggas untuk kesekian kalinya. Sungguh aku rindu. Tatkala mengenangkan masa-masa indahku tika mendengar nyanyian sang unggas, aku begitu bahagia… aku begitu terpesona… aku begitu asyik… Rindu.

Mungkin sang hujan boleh meringankan bebanku yang satu ini. Mungkin…

Hujan oh, hujan…

Tapi.. bagaimana? Entahlah. Mindaku berselirat kembali. Susah benar untukku mengungkaikannya kali ini. Mana mungkin aku; manusia yang begitu kerdil ini mahu memanggil hujan? Itu sudah menentang hukum alam namanya. Penat. Mindaku sudah penat menambah tolak setiap idea-idea yang muncul di benakku ini. Keputusannya masih sama. Buntu.

Biarlah… apa yang pasti, usahaku yang satu itu tidak pernah aku tinggalkan. DOA. Insyaallah…hari itu pasti kan menjelma. Hari di mana sang hujan mencurahkan butir-butir rahmat pada sang bumi dan menjadikannya seperti sediakala ataupun semakin subur. Insyaallah…

p/s: Ya Allah, Engkau makbulkan segala doa-doaku dan Engkau permudahkanlah perjalanan hidupku dan orang-orang yang aku sayangi. Ameen~