Monday, October 12, 2009

Saya mahu

Dulu, masa belajar dan dapat duit scholarship tak penah ingat untuk saving. boros sungguh! semua duit dihabiskan untuk diri sendiri. da hobi pon shopping, memang terbaiklah setiap kali scholarship masuk. tapi, sekarang da lain. Setiap kali gaji masuk, macam-macam yang perlu difikirkan. duit kereta, duit insurance, duit sewa hostel, duit kad kredit... sume perlu dibayar. juge duit bulanan buat mak dan ayah tidak dilupakan. juga duit untuk pulang ke Penang setiap bulan minggu. hehe. itulah, bila da b'kerja dan ada komitmen, jarang sket nk fikir pasal diri sendiri, perlu dahulu kan family dulu. then, barulah fikir pasal diri sendiri. ini baru single. cube bile da kawin nanti. lagilah tak ada mase nk fikirkan untuk diri sendiri. mane dgn anak-anak lagi, suami lagi.. mak ayah kte, mertua kte. sume nk kene fikir.

jadi, sementara masih belum berkahwin, apa salahnya kite cuba capai apa yang kte impikan selama ni, kan? mcm orang lain juga, saya pon ada impian.. :)

- saya mahu belajar bermain piano ; saya suka dgr alunan melodi piano. dan ada juga teori mengatakan jika kte mengandung dan mainkan piano untuk baby yang dikandungkan, ia boleh merangsang pertumbuhan baby. oh, boleh saja kalo mahu memperdengarkan drpd Mp4, ipod, atau CD. Cume, saya lebih suka kalau saya yg mainkan sendiri. ehee :)
- saya mahu belajar berenang dengan bagus ; ini mmg saya nak! ada sape2 yang mahu jadi jurulatih renang saya? ^^
- saya mahu cube bungee jumping ; sgt thrill kan? sukee dan teringin amat!!
- saya mahu mendaki gunung- gunung di Malaysia ; bukit kledang yang kat area Falim tu pon xsampai2 lagi. haha!!
- saya mahu membuat landskap sendiri di hadapan laman rumah saya ; biar cantik sket halaman rumah mak dan ayah. nanti bile kenduri kahwin, barulah lawa rumah~ hihi :P

Harap-harap saya dapat capai apa yang saya impikan tu. tak banyak pon, asalkan ada duit semua jadi. hehe! sebab itulah kena saving. dan, alhamdulillah. sekarang, tabiat saya yang ske shopping tu da b'kurangan. kalo beli pon, beli apa yang perlu. dan sekarang ni pon jarang makan di luar. dtg office pon bawak bekal. haha! dulu time skolah, mak nk masakkan untuk bwk bekal, pon tanak bawak. skan sanggup bangun pepagi or masak before g tido.. nak jimatlah katakan. :) tapi, siyes xtipu. sejak bwk bekal dan jarang makan diluar, mmg dpt capai objektif untuk saving. yay!^^ bukan ape, kalo makan di luar kosnye lagi tinggi. jadi, lebih baek masak. kan, jimat!!! :)

8 comments:

AsmaFarah said...

mountain climbing sgt best..(seriously!).so, g ar join kembara utp nye activities..drg mmg mendaki je tetiap bln..

and sgt stuju wif memasak sgt menjimatkan.. btw, kena ngan selera sendiri..makan pun puas ati kan..=p

kHaiRuLDiN said...

bertuahnya bakal suami uena ni.. hehe

Uena said...

farah: kan..~sgt t'igin nk g daki gunung. tp, kembara utp cm utk undergrad je.. hehe :P

yerp! kan.. jimat~haha! tp, kdg2 busan gak masak sniri. kekeke~ :P

deng: haha!! bertuah ape nye la hai deng. xde mende pon

escapad said...

blaja main piano? gahahaha..

Uena said...

kaped: pesal? taley??? grrr~!

puan.farah. said...

wah bagus la uena..berjimat cermat sambil asah skill mamasak

Uena said...

puan.farah: eeheee~ best la letak name puan farah.hihi~ nk jimattt~ nnt ley kawen cepat2 cm puan farah. heee~ :)

limauais said...

kak uena,kalo nk blaja berenang,lobo ley tlg ajarkan..haha..die pndai wat kuak gajah..ngeh2..