Friday, March 14, 2008

ceritera aku, cikgu dan surat

watak-watak

aku: Lily
cikgu: zaihan
surat: berbunga-bunga <-- corak die ye :P

Ceritera


Layar fikiran ku memutarkan kembali kisah 9 tahun lalu....kisah yg hampir aku padam..kisah yg hampir aku lupa..kisah yg mencorak kan zaman remajaku.. kisah yg sedikit sebanyak membantu aku menjadi seorang insan kini.. kisah yg banyak mengajar suka dan duka ku.. imej itu hampir-hampir samar di setiap keping-keping filem mindaku.. aku cuba untuk merakam setiap detik dan tika itu....

Tahun 1999
akhirnya... aku sudah menjejakkan kaki ke sekolah menengah. yeah..tingkatan 1. pertemuan aku dan dia bermula nya di sini. bermula nya pada tahun ini. bermula nya pertemuan itu semasa aku mendaftarkan diri untuk kelab seni dan teater. ops!! aku org seni kah?? :P ye..itu dulu. semasa tgn ku masih lembut untuk melakar setiap gerak tari lukisan. tp, kini.. aku sudah lupa itu semua. teater?? ouh..aku pandai berteater kah? pelakon kah aku?? haha... itu aku dulu. aku kini, tidak sempat untuk melakukan itu semua.. SIBUK. ahh, alasan! alasan yg kadang melupakan aku, yg hampir memadam semua bakat-bakat yg ada.

walaupun masih setahun jagung, tapi aku dilantik sebagai naib presiden kelab seni dan teater. berbakat nye aku!! hehe.. ade yg kate aku berbakat, sbb itu lah dijadikan naib presiden. tetapi, ade yg kate guru penasihat kelab kami berminat untuk jadikan aku calon menantunya. memandangkan mase tu, aku digosipkan dgn anak die..:P namun, gosip hanye lah gosip. realiti nya, aku cume rapat dgn anak dia sahaja. mana lah aku tau erti cinta cintun mase tuu [bajet2:P]. aku..naib presiden. dan dia presiden.

aku dan dia. tidak lah serapat mana. cuma bertegur sapa sebagai rakan sekerja sahaja. dia.. mase tu dia di tingkatan 4 dan aku di tingkatan 1. dia... mmg berseni. aku suka hasil tgn nye. cantik... kami hanya sempat kerja b'sama hanya untuk 1 dan setengah tahun.

die tamat belajar.. aku tade pon inisiatif untuk mencatat no telefon ataupun alamat die.
-putus hubungan-

Tahun 2003
kini aku di tingkatan 5. aku kini b'sekolah di MRSM. rezeki menyebelahi diriku. tahun ini adalah tahun genting buat ku. aku bakal menduduki peperiksaan SPM. kala ini, aku sibuk untuk mengisi borang-borang kemasukan ke matrikulasi dan universiti.

hari itu.. aku ke cyber cafe untuk mengisi borang matrikulasi. tiba-tiba, anak mata ku menangkap sebujur wajah yg aku hampir kenali. walaupun agak keberatan untuk menegur, aku gagahkan juga diri bersapa dgn dia.

" abg Zaihan ke?? "
" ye, saye.. sape ye? "

'cis..xkenal aku ke die neh. wat malu je tegur.'

"err..dulu kan kite join kelab seni dan teater kan...xigt ke?"
"ouh..ye2. lily kan?? sory, abg hampir terlupa..hehe "

'lor..lupe ke? kalo aku tau ko lupe, xtegur pon tape. hakhakhak'

bermula nya di situ, kami b'tukar2 no telefon. rupe-rupenya sekarang die sedang belajar di salah sebuah maktab perguruan di malaysia. ouh, bakal cikgu la ni rupenye...
Hubungan aku dan dia tika itu, hanya lah sebagai kawan. aku selesa b'kawan dgn dia dan aku tidak pernah t'fikir untuk lebih drpd itu.

Tahun 2006
hari demi hari berlalu.. kini aku sudah berjaya melanjutkan pelajaran ku di salah sebuah universiti di malaysia, dan sudah di tahun ke- 2 pengajianku dan dia kini sudah berjaya bergelar cikgu. cikgu yg begitu rajin. hari-hari biasa dia akan pergi mengajar dan pada hujung minggu pulak, dia akan mengadakan kelas tambahan. carik duit lebih katanya. hubungan aku dan dia seperti biasa. hanya kawan..

suatu hari.. dia mengajak aku b'jumpa. tetapi, laen benar cara die. aku menolak...aku dapat rasakan kelainan itu. die mula membuatkan aku rasa tidak selesa. tiap hari die kerap b'sms dgnku dan mengungkap kan kata-kata manis. aku.. janggal. aku.. tidak biasa. aku..tidak selesa. dia sudah laen. aku tidak mengharapkan itu semua drpd die. aku.. takut untuk menghadapi kenyataan yg die sukakan aku. aku.. takut untuk menerima ini semua. aku.. mahu lari drpd die. kejam kah aku?? bermula nya saat timbulnya rasa pelik itu, aku mula menjarakkan diri drpd die. aku jrg sekali membalas mesej2 drpd die..

akhirnya, tiada lagi mesej2 drpd dia.
lega
-putus hubungan-

Kini [2008]
bunga-bunga lagi tuuu..:P hatiku nakal mengusik.aku memerhatikan sepucuk surat berbunga-bunga yg terletak di atas kereta abg ku. hampir kembang tulisan di dada surat itu dek t'kena rintik hujan. "Damia Dalily". tertera namaku. hati kecilku berdetik...siapakah pulak gerangan yg sudi mengutus surat kepadaku?? aku cepat2 mengoyak sampul surat untuk membaca isi kandungan si pengutus surat.

rupa-rupa nya.. si penulis adalah seorg cikgu. cikgu yg aku ingin lupakan suatu masa dulu. zaihan. aku berulang kali membaca nama yg tertera di helaian kajang itu. nama yg aku cube lupakan..suatu waktu dahulu.

"Lily, abg nye simcard hilang. sory, abg tak save ur number dan alamat. then, abg try contact ur mrsm n tnye ur address. ni fon no abg yg baru 014-*******"

itu adalah antara kandungan warkah t'sebut. err..tabah nye die cari aku nye alamat rumah. aku rase bersalah jika tidak membalas mesej die. aku pon menghantar mesej kepada number t'sebut untuk tidak menghampa kan zaihan. tp... selepas beberapa kali membalas mesej die.. bibit-bibit harapan die terhadap diriku menyerlah kembali. haih~ kini, seringkali mesej-mesej drpd die aku abaikan. aku tidak tahu bagaimana untuk menolak dia tanpa membuatkan dia terluka. aku tidak mahu melukakan dia. aku tidak mahu hubungan kami sebagai kawan t'putus. aku tidak mahu...


kini, aku diam seribu bahasa. aku mengharapkan agar dia paham kondisi aku sekarang...
serba salah menghantui diri ku. kejamkah aku???
biarlah waktu yg menentukan segalanya...

*Cerita yg dipaparkan ini tidak ada kene-mengena dgn sesiapa, tidak kiralah yg hidup ataupun sudah meninggal dunia.-sekian-

No comments: