watak-watak
aku: Ayu
mak: mak
...: Unknown + Telefon Bimbit
Ceritera
haih...~aku mengeluh. untuk kesekian kali nya, aku pon tidak pasti sudah berapa kali keluhan kuluahkan. aku memandang lelangit hitam di hadapan ku ini. di mana bebintang yg selalu menyinari sang bulan? ohh.. sang awan juga di sembunyikan oleh awan-awan hitam yg tebal. renyai hujan masih lg kedengaran... lenggok lagu oldies dari laptop ku mengiringi suasana nyaman dan damai dek renyai hujan malam. jam menunjukkan angka 1:35 am. 'oh, sudah hampir subuh rupanya. mengapa mata ini masih segar bugar lagi?'. begitu banyak persoalan yg bermain-main dan berlegar-legar di setiap ruang mindaku.
aku...SUNYI.
kesunyian, adalah yg plg tepat untuk mengambarkan diriku tika ini. aku tercari-cari apa yg aku perlukan saat ini. tp, sesungguhnya pencarian itu adalah sia-sia. sekejap, mindaku memutar imej ibu ku di rumah kenduri perkahwinan sepupu ku.
"seronoknya ayu tgok kak Ila ngan suami die mak. bahagie je nmpak kan.."
"ha..ayu. itu la kamu. memilih sgt. mak pon xtau macam mane la lelaki yg dpt menambat hati kamu tu. yg suke kamu..kamu taknak. mak hairan lah tgok kamu ni. padahal, diorg tu sume da stabil, da de keje elok da pon. ape la yg kamu cari lagi ni?"
"err, ayu... ayu bukan nye xske dorg tu mak. ayu suka..ayu selesa..tp, hanya sebagai kawan je mak. ayu xreti nk suka dorg tu lbey drpd seorg kawan. kalo ayu tade ati kt die... susah untuk ayu terima org tu. ayu bukannye jenis yg senang-senang dpt terima org untuk dibuat teman hidup ayu. kalo stakat kawan tu..anytime. tp, ini sebagai teman hidup mak..bukan nye sehari dua ayu nk hidup ngan die..."
"hmm.. suka hati kamu lah ayu. mak pon da xtau nk ckp ape dgn kamu ni."
err...mak givup ngan aku kah?? adeiii. sesungguh nya, aku bukan nya terlalu memilih. aku cuma mahu pastikan agar aku dapat yg terbaik dlm hidupku. tak banyak yg aku mintak dan harapkan. cukup lah Unknown itu seorg yg menyayangi diriku dan aku juga menyayangi dirinya. tidak perlu sehensem Leonardo d caprio ataupun semacho Brad Pitt. sume itu tidak kekal, akan ditelan dek zaman juge. Asalkan Unknown itu sedap untuk mata memandang..itu sudah memadai buat diriku.
sekali lagi mata ku merayap di dada langit yg kehitaman itu. ouh..rintik hujan sudah selesai di rembeskan. kesunyian makin menghimpit diriku... sunyi yg td nya di sulami alunan renyai hujan sudah tiada. sunyi ini bertimpa-timpa lg menghimpit diriku. serasa sunyi ini begitu menyiksa mental ku ditambah pula bayu malam yg mengigit-gigit kulitku hingga terase ke tulang. cepat saje tgn ku mencapai selimut di katil. ahh..selimut. terima kasih...menghangatkan badanku ini drpd bayu yg cube menodaiku.[ouh, maksudku di sini adalah bayu yg mendinginkan dan merendahkan suhu badanku :P]
aku memandang sepi telefon bimbitku. tiada lagi deringan ataupun mesej drpd si dia. siapa dia ya?? ahh..aku tidak tau. mataku melirik lg ke arah telefon bimbit yg kaku itu. ahh, kamu telefon. sungguh terabai kamu sekarang ya. maaf, kadang aku sendiri terlupa di mana letak nya kamu. dulu kamu sentiasa di tgn ku dan sekarang entah di mana-mana saja aku letak kamu. huhu~ eh..malam makin menganjak ke subuh. bersambung kemudian di ceritera seterusnya. selamat malam mak, sunyi, telefon dan yg teristimewa buat kamu.. Unknown :)
*Cerita yg dipaparkan ini tidak ada kene-mengena dgn sesiapa, tidak kiralah yg hidup ataupun sudah meninggal dunia.-sekian-
Thursday, March 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment