Saturday, September 13, 2008

aneh

anak mataku masih lg tertumpu pada objek yg satu itu. masih lg tidak bergerak-gerak. walaupun si kacak bergaya melintas di hadapanku, masih lagi aku tidak endah. entah mengapa, perilaku ku dua minit yg lalu berubah secara drastik- 180 darjah lagaknya. objek yg satu itu masih lg menarik perhatianku dan meningkatkan kadar intuisiku yg satu itu.

mataku dan akalku menuruti setiap gerak laku objek itu. cuma.. jasadku sahaja yg sedari td kaku mula bergerak sedikit. meregangkan kaki dan tangan.. juga kepala. lenguh mungkin. tiap detik yg berlalu, tiap kali itu jugalah peratus kerja-kerja yg dilakukan oleh mindaku bertambah. memikir atau dgn lebih tepat lagi menganalisa segala tindak tanduk objek tersebut.

ia bergerak ke sana ke mari tanpa mempedulikan yg lain. kadang, ia bungkam. dan kadang ia seolah-olah suatu ciptaan yg digilai ramai. andaian ketigaku hampir tepat dengan apa yg dianalisakan oleh objek di bawah tempurung kepalaku ini. hanya aku... dan cuma aku yg selama ini berpura untuk tidak menyedari situasi itu. bingung mungkin. atau tidak mahu ambil pusing. itu aku tidak pasti. atau... untuk menambahkan ketidakpastian itu, takut mungkin?

bingung? tidak peduli? takut? ahh, semua itu tidak penting lg. apa yg diinterpretasikan oleh mindaku sekarang yg patut dilebihkan. yg patut tidak dianaktirikan... atau dgn bahasa yg senang dipaham- perlu diberi lebih perhatian? tidak suka aku begini. objek itu, betul telah mendistraksikan apa yg perlu dilakukan oleh sang separa bujur di bawah tempurung ini. mula aku berkira-kira sendirian. apa yg patut tidak aku tindakkan sekarang ini.

masih buntu ketemu jawapan. si lembik (lembik ke?) berwarna kemerah-merahan yg entah berapa peratus air dan darah serta urat saraf yg berselirat di setiap celahnya masih lagi menganalisa. aku cuba menghantar impulse yang berbentuk kawalan ke urat sarafku. harapku, agar si separa bujur itu dpt menunaikan apa yg dihajatkan di hati. cuma satu. tapi agak besar juga cita-citaku yg satu itu. tetapi, dgn bantuan si separa bujur... aku pasti. impianku itu pasti kan tercapai. cuma, mungkin ada errors di sana sini yang memungkinkan di separa bujur kadang tidak berfungsi semahu aku.

optimis. itu yg aku perlukan kala ini. aku harus pandai untuk mengawal si separa bujur itu drpd melencong. walaupun tercetus peratus-peratus kebimbangan yg entah mengapa aku rasakan semakin menggunung, aku masih lagi mahu positif. aku masih lagi mahu menyahut cabaran yg dikemukan oleh diri aku sendiri. gila lagaknya aku ini. atau dengan perkataan-perkataan lainnya, aku mahu melawan arus? atau... aku semakin membelakangkan norma-norma semulajadi?

tidak mungkin. aku cuma... sedikit yg ku pinta. hanya mahu mengawal si separa bujur itu. hahaha. cukup, suda! tidak lebih dan tidak kurang yg aku mahu. ouh, kekarutan ini semakin melalut. perlu rasanya aku berhenti di sini. jadi, tidak lah ada si separa bujur yg lainnya berpusing-pusing atau payah untuk menganalisa setiap baris ayat dan kata di dalam entri ini. duh~

nota kaki:
maaf kiranya andai ada yg perlukan minyak angin cap kapak atau balm selepas membaca entri yg aku sniri cipta semua kekarutan bahasa ini. kalo tidak paham, cuba-cubalah untuk tidak memahamkan entri ini. mungkin hanya seorang yg memahami entri ini. dan dia adalah aku. si pemilik separa bujur yg mungkin tidak dpt menukarkan kata kepada bicara. ^^

No comments: